3 Pulau Paling Popular Di Malaysia Menjadi Tumpuan Pelancong

Mohd Hadi
4 min readApr 7, 2020

--

Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan keindahan pulau-pulaunya yang cantik dan mempersonakan. Kebanyakan pulau-pulau di Malaysia masih tepelihara alam semulajadi.

Taman-taman laut di Malaysia telah ditubuhkan untuk menjaga ekosistem seiringan dengan pembangunan pelanc0ngan. Hal ini menarik ramai pelancongan dalam dan luar negara.

Berikut adalah 3 pulau popular pulau-pulau di Malaysia:

1. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian sebuah pulau yang selalu menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara sentiasa diingati oleh mereka yang pernah melawatinya kerana kecantikan yang ada di pulau tersebut.

Meskipun perjalanan ke sini sedikit sukar, namun pengalaman berada disini sangat berbaloi kerana air laut di pulau ini sungguh cantik dan bersih sehinggakan anda hanya perlu bersnokel di tepi pantai untuk melihat ikan-ikan disini.

Sekiranya anda dari Kuala Lumpur dan hendak ke sini, perjalanan mengambil masa sekurang-kurangnya 7 jam. Dan setelah tiba di jeti Besut, anda tidak akan sunyi dari melihat panorama indah alam sekitar yang akan menemani perjalanan anda ketika bot membelah ombak.

Adakah anda tahu Pulau Perhentian terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama Pulau Perhentian Kecil yang menjadi penempatan penduduk kampung di pulau berkenaan.

Manakala Pulau Perhentian Besar pula adalah tempat yang sering menjadi tumpuan para pelancong untuk menyelami dan meneroka keindahan dasar laut ciptaan Tuhan di sini.

Perkara yang paling menyeronokkan bagi mereka yang suka menyelam apabila ikan yang terdiri daripada pelbagai jenis akan bergerak di dalam kumpulan dan bermain-main dengan penyelama sewaktu menyelam.

Malah jika anda bercadang untuk berkhemah dengan rakan-rakan sewaktu musim cuti persekolahan, anda boleh juga berbuat demikian di Pulau Perhentian Besar. Tak lengkap rasanya perkhemahan tanpa bekalan makanan.

Sekiranya anda kehabisan makanan, boleh mendapatkan perkhidmatan bot dengan tambang sekitar RM10 dari Jeti Taman Laut untuk ke Pulau Perhentian Kecil bagi mendapatkan stok makanan yang dijual di kampung nelayan.

Disini, bukan sahaja pemandangan sekitarnya yang cantik, malah keramahan penduduk tempatan yang rata-ratanya nelayan turut menjadi daya tarikan utama di pulau ini. Mereka sangat ramah dengan pelancong samada dari dalam ataupun luar negara.

Malah makanan yang ditawarkan di sini sungguh menyelerakan dengan bekalan makanan laut yang segar sudah pasti menjadikan anda tidak ingin terlepas untuk mencuba masakan yang ditawarkan.

2. Pulau Tioman

Pulau Tioman terletak di negeri Pahang, namun ia masih dihubungkan dari Bandar Mersing Johor. Dan jangan terkejut jika anda dari Singapura anda masih boleh ke Pulau Tioman melalu perkhidmatan feri terus ke sana.

Pernah dinobatkan dalam majalah TIME sebagai salah satu pulau tercantik di dunia,

Jangan risau jika anda ke Pulau Tioman, chalet-chalet disini telah menyediakan pakej istimewa untuk para pelancong yang berkunjung ke sini. Makan? Jangan risau semuanya termasuk dalam pakej. Sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam disediakan.

Malah yang lebih istimewa, BBQ turut disediakan di dalam senarai bagi mereka yang datang berkumpulan.

Jika tak berminat untuk mendapatkan pakej-pakej makanan tersebut, anda boleh mencuba mana-mana kedai yang terdapat di sekitar pulau itu dan jangan risau mereka menawarkan pelbagai tawaran masakan yang istimewa dan pada masa yang sama sambil menyelam minum air, anda boleh melihat pemandangan yang indah yang terus menghadap ke laut.

Malah disini juga terdapat kedai-kedai craft yang menawarkan pelbagai jenis cenderahati yang cantik-cantik.

3. Pulau Langkawi

Pulau Langkawi terkenal dengan pelbagai mitos dan lagenda salah satunya ialah lagenda Mahsuri yang cukup terkenal. Terletak di negeri Kedah, untuk ke sini satu-satunya pengangkutan yang boleh digunakan ialah feri yang disediakan di Jeti Kuah.

Untuk pengetahuan anda jeti feri tidak dapat ditempah melainkan anda perlu beratur di kaunter. Pengecualian diberikan kepada mereka yang mengikuti rombongan.

Antara tempat-tempat yang menarik di sini ialah Gunung Mat Chencang, Tasik Dayang Bunting, Dataran Helang dam lain tempat yang pastinya menjanjikan pelbagai pengalaman yang indah dan menarik.

Antara pakej-pakej menarik percutian pulau — pulau di Malaysia ialah:

3 pulau utama yang ada di Malaysia ini adalah boleh kunjungi dan kami jamin anda pasti akan berpuas hati apabila dapat melancong ke destinasi ini.

Pulau-pulau ini telah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia, dan mereka mengakui ianya antara pulau-pulau tercantik yang mereka pernah kunjungi.

--

--

Mohd Hadi

Travel Enthusiast: Blogging about travel & tourism in Malaysia. #melancongmy #sayakakimelancong www.melancong.com.my & www.melancong.my